BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

KETENANGAN DARI ALLAH..TERBURU2 DARI SYAITAN


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ukhuwwah utk semua,
syukur sangat ke hadrat ilahi kerana kita masih lagi diberi peluang utk hidup d muka bumi ini dalam iman dan islam.Kita jugak masih berpeluang utuk meneruskan ibadah puasa yang sangat tinggi hikmahnya di sisi الله..

إن شاء الله
hari ni just nk kongsi cerita pendek2 je.seperti mana yg kita sedia maklum,tenang itu datang dari allah.Kalau kita sentiasa terburu2,kita jugak yg akn ade masalah besar.yelah,asyik terkejar2 je nk buat semua benda.Boleh jadi,satu benda pun x siap.

Jdi kita mesti relax je.Hidup ni kan kne enjOy!!Kalau kita asyik susah hati je,mesti xleh nk fokus dlm khidupan seharian.Pada hakikatnya,xbleh r nj njoy je sepanjang masa..Pandai2 lah bahagikan masa dengan sebaiknya.

Kalau ade banyak assignment nk kne dibuat dn dihantar dalam masa yg singkat,cuba relax dan jangan panik!!Cuba cari maklumat,bincang ngn kawan2,mesti boleh siap punya..
Sebenarnya,orang yang tergopoh2 ni,syaitan yang suka jadi kawan dia,sebab syaitan yang akan hasut supaya sibuk buat kerja lain sehingga lupa utk beribadah kepada-Nya..

Jadi sebagai penutup kata,ingin saya tegaskan bahawa sentiasa tenang dalam hidup kita,jauh kan diri dari sifat terburu2,nanti semua kerja xsiap..

" اللّهم إني أعوذبك من همزات الشياطين وأعوذبك أن يحضرون"
(kalau ade silap,tlg betulkan,krn manusia tak lari dari melakukan kesalahan)

Monday, August 17, 2009

KEMAHUAN@KEPERLUAN??

Persoalan ini sering di jadikan topik perbualn harian kita.Kalau nak di iuktkan mcm2 perkara yang boleh kita kaitkan dengan kemahuan @ keperluan.Sebelum kita pergi jauh,apa maksud dengan kemahuan??

Mengikut pandangan orang ramai yang saya temu ramah ,kemahuan ialah sesuatu perkara atau benda yang kita ingin,tetapi x semestinya kita perlukan.Fenomena ini sering terjadi kepada golongan hawa,terutamanya ketika 'shopping'..Orang kata,wanita ni xbleh nmpk benda baru.mesti nak beli jgak.yelah,bleh tunjuk ngn kwn2.Tu sebab la orang perempuan selalu ikut kemahuan ketika membeli belah.Time tu xpikir dah ade duit ke,xde duit ke,yang penting dapat beli.hai..xthulah

Hakikatnya,fenomena ni bukan terjadi pada golongan wanita sahaja.Kaum lelaki juga x kurang hebat nya kalau membali belah.Bukan kira benda tu perlu ke x perlu.Kalau dah suka mesti beli.Orang lelaki ni sebenarnya ade ego diorang jugak.cuma xnk tunjuk.

Masalah ni bukan terjadi di kalangan remaja sahaja,malah orang tua pun ade jugak.Diorang lagi teruk.hehe..Yelah,diorang kan ade salary bulanan yang tetap.Jadi xde masalah la klau nk membeli belah setiap minggu.huhu

Mengikut konsep keperluan pulak,sangat jarang orang kita praktikkan.Sebenarnya,berbelnja mengikut keperluan sangat dituntut dalam agama islam.Boleh la kita berjimat dan menyimpan duit untuk keperluan masa akan datang.Kalau berjimat,kita boleh menghayati kehidupan orang yang kurang bernasib baik dari kita.

Tips untuk berbelanja mengikut keperluan=

1)Masa membeli belah,fikir kan keadaan orang yang lebih susah@miskin.
2)Fikir nasib umat islam yang sengsara di tempat lain,cth nya PALESTIN..
3)Bayang kan tiba2 esok kita jatuh miskin dan jadi papa kedana..huhu

Akhir sekali,kita perlu muhasabah diri kita semula.Kalau sebelum ni kita belanja ikut kemahuan,segera lah bertaubat.Untuk masa akan datang ni,kita wajib belanja ikut keperluan sahaja.Tapi jangan la sampai tahap kedekut pulak.Pandai2 la kita bezakan yang mana baik@buruk..Insya allah.

Sunday, August 16, 2009

PERGILAH MENENUN KAIN

"Pergilah kamu menenun kain.berikan pedangmu kepadaku"
kata-kaya ini adalah saya petik dari buku yang pernah saya baca.ia adalah ungkapan dari sahabiah(ummu Aiman)
yang hidup sezaman dgn nabi kita,muhammad(صلّى الله عليه وسلّم)..
Ketika berada di dalam perang uhud,kita sedia maklum bahawa tentera islam hampir2 kalah.Keadaan ketika itu sangat genting.Ummu Aiman merupakan wanita yang ditugaskan untuk merawat kaum muslimin yang mengalami kecederaan.Ramai yang melarikan diri ke kawasan yang selamat.lalu ummu aiman menjerit kapada mereka supaya memberikan pedang kepadanya..
Selepas itu sampai berita bahawa Rasulullah telah terkorban pada waktu itu.Maka ummu aiman lebih bersemangat menentang musuh,sehingga pada akhirnya beliau yang gugur syahid di medan pertempuran tersebut

Ketika rasulullah mendapat tahu,baginda mengarahkan Sa`ad bin Abi Waqqas untuk memanah orang yang telah membunuh ummu aiman.Orang itu adalah Hibban.Dengan berbekalkan kemahiran yang tinggi,sa'ad berjaya membalas dendam terhadap hibban.

Berita kematian hibban sampai kepada rasulullah.Baginda sangat gembira kerana kematian ummu aiman sudah terbela..

Daripada kisah di atas,kita dapat lihat bahawa kekuatan wanita sememangnya tidak boleh dipandang rendah.Mereka mempunyai kekuatan yang tidak sama bentuknya dengan kaum adam.
Buktinya,ramai kaum wanita yang lahir pada zaman nabi yang mampu membawa islam ke serata dunia,seperti Khawlah Al Azwar,Zinnirah dan ummul mukminin sayyidatina Aisyah.

Bukan setakat itu sahaja,zaman skrag pulak kte bleh lihat wanita pernah menjadi menteri seperti di malaysia,presiden di indonesia,Canselor Jerman,Presiden Pakistan dan lain-lain.Malah,mereka juga mampu membina kerjaya yang sama hebat seperti kaum lelaki seperti pensyarah,ceo syarikat,dan sebagainya.

Saya juga ingin sentuh mengenai tafsiran ayat "الرجال قوام على النساء "..
Ramai yang cakap orang lelaki lebih kuat dari orang permpuan.Ini sama sekali tidak tepat.Ar rijal di sini bukan bermaksud lelaki semata-mata,tetapi membawa maksud kejantanan.Justeru,ayat ini membawa maksud,kejantanan atau keberanian lebih baik berbanding yang lemah@lembik.Jadi kalau kaum wanita yang lebih berani,so mereka lebih baik dari kaum yang lain..

Akhir sekali,kita mahukan pemimpin wanita sekarang yang

1) mampu menceburi pelbagai bidang
2) mempunyai pemikiran yang kritikal(think out of the box)
3) tidak mengalah dan berwibawa

Setkat ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk tatapan semua.Saya harap smoga kita sama2 mendapat iktibar dan membaiki diri ke arah yang lebih cemerlang....إن شاء الله

والله أعلم