BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 24, 2010

kisah si anak derhaka!.

بسم الله الرحمنرالرحيم

Jenayah anak terhadap ibu bapa mesti dibendung

________________________________________







“SELEPAS kedua-dua kaki saya dipotong, bukan kata-kata semangat yang saya terima. Sebaliknya, setiap hari saya dicemuh dan dihina kerana menyusahkan mereka.
“Isteri dan anak-anak menganggap saya sebagai beban apatah lagi apabila saya kerap minta bantuan mereka untuk bergerak atau menguruskan diri.
“Kadang-kadang, kewujudan saya di rumah seperti tidak dipedulikan. Saya menjadi penagih simpati daripada isteri dan anak-anak sedangkan selama ini tulang empat kerat ini yang memberi mereka makan,” luah Othman Ismail, 70.
Hidup pesara kerajaan ini dahulunya meriah dengan gelak tawa isteri dan dua pasang cahaya mata.
Walaupun tanpa kemewahan yang melimpah ruah, ia cukup membuatkan hatinya bahagia apabila anak-anaknya berjaya, malah ada yang melangkahkan kaki ke universiti.
Potong kaki
Namun, apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis dan kaki kanannya dipotong pada tahun 2002, kehidupan Ismail mula berubah.
Keadaan lebih teruk apabila sebelah lagi kakinya mengalami nasib sama pada 2005.
“Masa itu layanan terhadap saya bertambah buruk. Makan hati juga dengan sikap mereka tapi saya tahankan sahaja. Takut kalau saya berkeras mereka akan tambah keras dengan saya.

________________________________________

“Bila ada anak yang boleh terima saya, menantu pula yang masam muka dan kadangkala saya menjadi punca pertengkaran antara mereka.
“Akhirnya saya ditinggalkan di rumah seorang diri. Sukarnya hidup masa itu hanya Allah yang tahu. Mujur ada seorang rakan yang prihatin dan mengambil saya untuk tinggal bersamanya.
“Lebih kurang setahun menumpang di rumah kawan, dia ada mencadangkan supaya saya memohon masuk ke Rumah Ehsan kerana saya memerlukan penjagaan yang lebih sempurna,” kata penghuni rumah jagaan warga emas yang dikhususkan untuk pesakit melarat itu.
Selepas memasuki Rumah Ehsan di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Ogos 2008, jiwa Ismail mulai tenang. Baginya, dia sudah tidak perlu lagi menahan perasaan dan berlakon pura-pura sihat sebaliknya masa tuanya sekarang banyak dihabiskan dengan mengabdikan diri pada Yang Maha Esa.
Baginya, tiada apa yang diharapkan dari hari esok selain kunjungan daripada anak-anak.
“Saya memang berharap mereka yang datang, tapi saya juga bersedia jika menutup mata tanpa sempat bertemu mereka, seperti rakan-rakan yang lain.
“Saya juga tidak marah jika mereka enggan mengurus jenazah saya dan hanya mahu menuntut surat kematian saya,” tuturnya sayu.





Tak mengaku ibu
Kebelakangan ini cerita anak tidak mengaku ibu dan membuang bapa yang sakit melarat semakin banyak tersiar di dada akhbar-akhbar tempatan.
Jumaat lalu misalnya, Kosmo! memaparkan nasib malang Tumi Wongsoruju, 52, yang berasal dari Kuching, Sarawak.
Dek kerana rindu yang menggunung, beliau yang sudah tiga tahun tidak mendengar sebarang berita mengenai anak tunggalnya, sanggup berhutang dengan saudara-mara semata-mata untuk membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur bagi menjejaki anaknya itu.
Dengan hanya duit poket sebanyak RM150 dan alamat tidak lengkap sebuah kawasan perumahan di Serdang, beliau nekad menyusuli anaknya.
Usaha ibu ini berhasil apabila beliau berjaya menemui anaknya pada malam Khamis lalu. Bagaikan tidak sabar si ibu ini untuk menatap wajah anak yang selama ini ditunggu kepulangannya.
Begitupun, rasa teruja Tumi tidak bertahan lama. Sebaik sahaja menatap wajah anaknya, bukan pelukan yang diterima sebaliknya telinganya ditujah dengan kata herdik daripada menantunya.
“Apa yang lebih memilukan hati, anak saya enggan mengaku saya ibu yang mengandungkannya,” ujarnya dengan air mata berlinangan.
Diibaratkan sebagai tanggang moden, baik kisah Othman mahupun Tumi, ia sepatutnya tidak berlaku apatah lagi dalam masyarakat yang kaya dengan adat dan budaya menghormati ibu bapa.
Pukul ibu bapa
Melihat kepada statistik jenayah dilakukan anak kepada ibu bapa antara 2005 hingga 2009, jumlah kes yang dilaporkan biarpun kecil namun ia tetap membimbangkan.
Antara kes-kes yang dilaporkan ialah anak melawan ibu bapa, memukul, menghalau dari rumah, menzalimi, mencuri harta dan membakar rumah.
Ini belum termasuk kes anak tidak sanggup memelihara orang tua sendiri lalu dihantar ke rumah penjagaan orang tua-tua.
Dari saat dimasukkan sehingga meninggal, boleh dikira dengan jari berapa ramai anak yang melawat, selebihnya hanya melepas tangan.

JIWA Othman semakin tenang di Rumah Ehsan. Biarpun terlantar ditemani rakan senasib, sekurang-kurangnya beliau tidak dicerca oleh anak-anaknya.
________________________________________


Mungkin ia kes Si Tanggang moden yang biasa kita dengar? Baru-baru ini, penulis melihat sendiri bagaimana seorang ibu bersumpah tidak akan memaafkan anak lelakinya yang tergamak memukul dan memperkosanya.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana remuknya hati si ibu sehingga sanggup tidak mengampunkan anaknya sehingga si anak datang melutut kepadanya.
Terdetik di dalam hati, di manakah tempat anak itu kelak apabila meninggal dunia? Ia sesuatu yang tidak mampu untuk dibayangkan oleh insan yang menyanjungi jasa dan pengorbanan seorang ibu.
Mereka tidak mengharapkan wang ringgit daripada anak sebaliknya kasih sayang dan perhatian. Mungkin benar kata orang, seorang ibu atau bapa boleh menjaga 10 anak, tetapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu dan bapa.
Bagi mereka yang bergelar anak, jangan dilupakan kasih sayang si ibu dan pengorbanan si bapa. Jika mereka sudah menutup mata, tidak apa yang boleh disesalkan lagi.

wahai pembnaca sekalian,
sedar lah..
Allah berfirman:-

وبالوالدين إحسانا

36. Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya
dengan sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh[294], dan teman sejawat, ibnu sabil[295] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri,
النساء(36)


والله أعلم

p/s:artikel dr kosmo online
mOga sama2 mngmbil iktibar

Sunday, January 10, 2010

Kenapa macam ni??

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah,
aku percaya di sebalik kesukaran yang Engkau sediakn,pasti ade hikmah..
seperti mana Engkau sediakan pelangi selepas datangnya hujan..

skrg ni,agk kusut..
ntah lah..

1-due date bmw dh dkt.tp xsiap pape lg.
2-cct kne present.tp xtype lnsung.even 1 word.
3-wajib pegi 'mukhayyam' weekend ni.
4-nk blk umh,tp weekend sume dh pnuh..sedih=(
5-result _ _ _ _ nk kuar.

nk wt cne?..
sabar!
nOra,wt keje..

والله أعلم

Friday, January 08, 2010

Jom jOin!!




bismillahirrahmanirrahim...

kpd semua sahabat2 sekalian,
anda di jemput untuk mnyertai explorace anjuran pembina..
mari kte rapatkn ikhuwwah!!
majulah sukan utk negara..he3


p/s:spe cepat dia dpt=)
peace!

Thursday, January 07, 2010

malam di alam barzakh?!

D19,nilai,2pm

malam di alam barzakh..
sejuk..
trtanya2??

pembentangan oleh JIM(jemaah islah mal)
actually mlm tu ade majlis 'tribute 2 alam barzakh'..
sangat mndpt smbutan..tahniah kpd mrk yg hadir!(pengorbanan anda brmakna anda membuat prsediaan ke alam barzakh..)

byk vidoe yg dtayangkn..
sgt mnyentuh perasaan dn emosi,mnceritakn bhw betapa kte manusia yg sgt alpa dan leka.Betapa besarnya nikmat yg allh kurniakn kpd hambaNya.Tapi berapa banyak amaln yg kte wt tanda kte brsyukur kpd-Nya??...astagfirullah

slot 1: Penceramah brkongsi pngalaman beliau ketika bersama seorang remaja belasan tahun yg tejebak dgn aktiviti black metal..sangat muda,adakah kau tidak mendalami bagaimana dn dimana indahnya islam?

****
Al quran bkn betul pn?!..pngakuan benar dr remaja(black metal) tersebut..Masyaallah..
Ya allah ampunkan dosa hamba Mu..mgapa umat skrg mnjadi begini? mgapa mata mrk tdk nmpk kebenaran Ya allah?tdk cukup lg ke bala bencana allah di muka bumi ini?
Mengapa mrk memilih kesesatan??

Ya rasulullah,andai kau tahu umat umat mu kini berada di luar ajrn mu..pasti kau akn sedih dan tdk snggup melihat kami,,Mengapa mereka tdk brpegang kpd al quran?bknkah rasulullah telah memberitahu bhw kamu tdk akn sesat dgn alquran dan hadis?



mengapa kesucian mu di nodai



Wahai manusia,
sedarlah..
bangunlah,
lihat sekeliling kte??
bagaimana umat kita hari ini??
ke mana kte pada akhirnya?..
Ingatlah..mati itu pasti

والله أعلم

p/s: nyesal
smpat dgr 2 jam jer
ade mslh teknikal sket
yoko2

Saturday, January 02, 2010

-mimpi-

bismillah..

'mimpi mainan tidur'

Sering kte dgr ungkpn nie.Semua org pasti prnh mngalami mimpi ketika tidur.Ramai orang selalu ckp mimpi hanyalah igauan semata-mata.Tapi xdinafikan jugak,de yg mngatakan mimpi bleh juga mnjadi kenyataan.

Bagi sesipa yang mengalami mimpi yg elok,maka itu adlh rezeki dia..alhmdulillah.
Macam mana pulak dgn mereka yang mengalami mimpi yg sebaliknya??

**
smlm sy mngalami mimpi yg scary gak..salah seornd shbat yg sy rindui mngalami musibah..hingga mmbuatkn sy trkejut smp terjaga.sy trus ambil wudhuk dan solat.sy mohon prlindungn dr allah.Sy cuba mind set kn bhw itu adlh mimpi semata-mata.mngkn sy trlalu fikir kn dia sejak kebelakangn ini,hingga trbwk ke mimpi,,masya allah..

kpd semua,
jgn terlalu percaya pd mimpi,klau kte mngalami mimpi yg baik,,alhamdulillah..
kalau kte mngalami mimpi buruk,istighfar byk2!!

والله أعلم

p/s: baca dOa sblm tdo =)