"Pergilah kamu menenun kain.berikan pedangmu kepadaku"
kata-kaya ini adalah saya petik dari buku yang pernah saya baca.ia adalah ungkapan dari sahabiah(ummu Aiman)
yang hidup sezaman dgn nabi kita,muhammad(صلّى الله عليه وسلّم)..
Ketika berada di dalam perang uhud,kita sedia maklum bahawa tentera islam hampir2 kalah.Keadaan ketika itu sangat genting.Ummu Aiman merupakan wanita yang ditugaskan untuk merawat kaum muslimin yang mengalami kecederaan.Ramai yang melarikan diri ke kawasan yang selamat.lalu ummu aiman menjerit kapada mereka supaya memberikan pedang kepadanya..
Selepas itu sampai berita bahawa Rasulullah telah terkorban pada waktu itu.Maka ummu aiman lebih bersemangat menentang musuh,sehingga pada akhirnya beliau yang gugur syahid di medan pertempuran tersebut
Ketika rasulullah mendapat tahu,baginda mengarahkan Sa`ad bin Abi Waqqas untuk memanah orang yang telah membunuh ummu aiman.Orang itu adalah Hibban.Dengan berbekalkan kemahiran yang tinggi,sa'ad berjaya membalas dendam terhadap hibban.
Berita kematian hibban sampai kepada rasulullah.Baginda sangat gembira kerana kematian ummu aiman sudah terbela..
Daripada kisah di atas,kita dapat lihat bahawa kekuatan wanita sememangnya tidak boleh dipandang rendah.Mereka mempunyai kekuatan yang tidak sama bentuknya dengan kaum adam.
Buktinya,ramai kaum wanita yang lahir pada zaman nabi yang mampu membawa islam ke serata dunia,seperti Khawlah Al Azwar,Zinnirah dan ummul mukminin sayyidatina Aisyah.
Bukan setakat itu sahaja,zaman skrag pulak kte bleh lihat wanita pernah menjadi menteri seperti di malaysia,presiden di indonesia,Canselor Jerman,Presiden Pakistan dan lain-lain.Malah,mereka juga mampu membina kerjaya yang sama hebat seperti kaum lelaki seperti pensyarah,ceo syarikat,dan sebagainya.
Saya juga ingin sentuh mengenai tafsiran ayat "الرجال قوام على النساء "..
Ramai yang cakap orang lelaki lebih kuat dari orang permpuan.Ini sama sekali tidak tepat.Ar rijal di sini bukan bermaksud lelaki semata-mata,tetapi membawa maksud kejantanan.Justeru,ayat ini membawa maksud,kejantanan atau keberanian lebih baik berbanding yang lemah@lembik.Jadi kalau kaum wanita yang lebih berani,so mereka lebih baik dari kaum yang lain..
Akhir sekali,kita mahukan pemimpin wanita sekarang yang
1) mampu menceburi pelbagai bidang
2) mempunyai pemikiran yang kritikal(think out of the box)
3) tidak mengalah dan berwibawa
Setkat ini sahaja yang mampu saya coretkan untuk tatapan semua.Saya harap smoga kita sama2 mendapat iktibar dan membaiki diri ke arah yang lebih cemerlang....إن شاء الله
والله أعلم
Sunday, August 16, 2009
PERGILAH MENENUN KAIN
Coretan oleh هداية at 7:04 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam..
mantop..
masyaAllah, hebatnye ummu aiman
bangge jd wanita..
go 3x!
Post a Comment